KHASIAT PELUK ISTERI
Seorang
suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan
panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan
antara sentuhan dan tahap kesihatan.
`Seseorang
itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan
sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk
endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
`Bagaimanapun,
sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan
Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar
dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada
Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton
Subang.
Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan
sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari
segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan
isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah
beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat
mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan
isteri.
`Oleh
itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk
isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta
persidangan itu.
Jelas
beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan
untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
`Wanita
yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk
menghiasi diri,” kata Fadzilah.
No comments:
Post a Comment