Assalammualaikum..
Hari ini dapat email dari kawan nak share dengan kawan2 blog...
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal
isteri...Buat iktibar kita semua dan para
suami / lelaki, renung-renung kan lah...
coretan dari hati seorang Muslimah:
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin
puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan
bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita
tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita
dengan perempuan lain.Barangkali suami
puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang
anak.Perawakan saya biasa sahaja,
tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang
anak.Saya berkerja sebagai seorang
eksekutif dan suami saya berkerja biasa aja.Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang
membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan
saya.
Suami saya tinggi, cerah kulit dan
menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum
pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri
ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan
segala keperluan rumahtangga.Sepanjang
perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan
saya.
Saya memakai tudung, dia nampak
biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah
seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila
waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat
kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah
muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis
tersebut semasa waktu kerja.
Hubungan yang
terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia
menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia
mengaku.
Saya ingin tahu kenapa dia
menjalin hubungan.
Apa kurangnya saya, dia
akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan
saya.Saya menjaga makan minum, membantu
kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu
sahaja.Dia tiada rangsangan lagi bila
melihat saya.
Baginya, dia kadangkala
ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila
berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai
kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang
menarik.Sedangkan saya menurutnya
walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya
pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau
bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber
t-shirt dan berkain batik.Hari-hari
melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di
rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap
pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia
mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti
lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya
dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga
saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk
kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki
sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan
fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia
berasa bangga.
Saya telah pun berpisah
dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri
slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk
lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam
tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan
menarik.
~ Muslimah sejati
~
*******************************************
* Penting di sini kita memahami erti
perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan
tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan
kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara
utk kita mencari keredhaan Allah.
Dan
perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di
uji.
Maka, bersabarlah dan bertindak
dengan bijak dan penuh hikmah .
Bagi
lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya
pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk
anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda
untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....
No comments:
Post a Comment