Rakan-Rakan yang disayangi

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Tragis Wanita Paling Ringan Di Dunia (Valeria Levitin )

Valeria Levitin, 39 tahun, merupakan seorang gadis yang normal satu masa dulu. Tetapi oleh kerana desakan dari ibunya, kawan-kawannya dan juga rakan kerjayanya yang menganggap dia merupakan seorang yang gemuk dan harus menurunkan berat badan, maka dia mengikut segala desakan itu. Kalau sebelum ini dia mempunyai berat gadis yang normal, tetapi kini berat badannya hanya 25kilogram sahaja dengan ketinggian  170cm  . Berat normal untuk ketinggiannya adalah diantara 60kg hingga 70kg.

Pada  usia 16 tahun dengan berat 50kg, dia berpindah ke Chicago , Amerika.  Terdesak untuk menyesuaikan diri di sekolah baru, dia menyangka bahawa jika dia kehilangan berat badan, dia akan diterima dan disukai. Untuk itu, dia menyekat pengambilan gula dan karbohidrat dalam pemakanannnya dan hasilnya, sehingga kini  badannya adalah tidak toleran kepada gula dan karbohidrat dan tidak dapat memproses makanan tersebut walaupun dia mahu. Ibunya pula amat runsing jika berat badannya bertambah seperti saudara-maranya yang lain maka ibunya sering menimbang badannya dan mengawal pemakanannya. Apabila dia berumur 23 tahun, saiz pakaian Valeria telah menjunam daripada saiz 12 iaitu saiz pakaian yang sihat kepada saiz yang amat kecil iaitu saiz 6.


Memutuskan untuk menjadi model membuat keadaan lebih teruk lagi, kerana dia diberitahu dia masih terlalu gemuk untuk menjadi model. Berat badannya turun sehingga 38kilogram pada usia 24 tahun dan dia telah diharamkan untuk menyertai tarian berikutan kebimbangan jika dia mencederakan dirinya. Penyakitnya juga telah membuat hidupnya sangat sunyi. Valeria tidak mempunyai teman selama 10 tahun kerana mempunyai hubungan dengan teman lelaki adalah sukar kerana dia tidak dapat melakukan perkara yang biasa seperti pasangan lain seperti pergi ke restoran untuk makan dan juga aktiviti lain.



Suatu masa dulu, Valeria mempunyai berat badan yang normal dan dia amat cantik

kurus kering mcm lidi


moral of story : nak diet biar la berpada2, kalo boleh biar ikut BMI badan sendiri... Bila da kurus mcm nie kena tiup angin pon boleh terbang.... hihihiihi...

1 comment: