Rakan-Rakan yang disayangi

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Tragis Wanita Paling Ringan Di Dunia (Valeria Levitin )

Valeria Levitin, 39 tahun, merupakan seorang gadis yang normal satu masa dulu. Tetapi oleh kerana desakan dari ibunya, kawan-kawannya dan juga rakan kerjayanya yang menganggap dia merupakan seorang yang gemuk dan harus menurunkan berat badan, maka dia mengikut segala desakan itu. Kalau sebelum ini dia mempunyai berat gadis yang normal, tetapi kini berat badannya hanya 25kilogram sahaja dengan ketinggian  170cm  . Berat normal untuk ketinggiannya adalah diantara 60kg hingga 70kg.

Pada  usia 16 tahun dengan berat 50kg, dia berpindah ke Chicago , Amerika.  Terdesak untuk menyesuaikan diri di sekolah baru, dia menyangka bahawa jika dia kehilangan berat badan, dia akan diterima dan disukai. Untuk itu, dia menyekat pengambilan gula dan karbohidrat dalam pemakanannnya dan hasilnya, sehingga kini  badannya adalah tidak toleran kepada gula dan karbohidrat dan tidak dapat memproses makanan tersebut walaupun dia mahu. Ibunya pula amat runsing jika berat badannya bertambah seperti saudara-maranya yang lain maka ibunya sering menimbang badannya dan mengawal pemakanannya. Apabila dia berumur 23 tahun, saiz pakaian Valeria telah menjunam daripada saiz 12 iaitu saiz pakaian yang sihat kepada saiz yang amat kecil iaitu saiz 6.


Memutuskan untuk menjadi model membuat keadaan lebih teruk lagi, kerana dia diberitahu dia masih terlalu gemuk untuk menjadi model. Berat badannya turun sehingga 38kilogram pada usia 24 tahun dan dia telah diharamkan untuk menyertai tarian berikutan kebimbangan jika dia mencederakan dirinya. Penyakitnya juga telah membuat hidupnya sangat sunyi. Valeria tidak mempunyai teman selama 10 tahun kerana mempunyai hubungan dengan teman lelaki adalah sukar kerana dia tidak dapat melakukan perkara yang biasa seperti pasangan lain seperti pergi ke restoran untuk makan dan juga aktiviti lain.



Suatu masa dulu, Valeria mempunyai berat badan yang normal dan dia amat cantik

kurus kering mcm lidi


moral of story : nak diet biar la berpada2, kalo boleh biar ikut BMI badan sendiri... Bila da kurus mcm nie kena tiup angin pon boleh terbang.... hihihiihi...

Happy Labour Day

Asslammualaikum...

Yeppiiii... Esok hari rabu, 1/5/2013... esok juga masa pekerja2 yang bekerja di berikan cuti...Ape aktiviti korang?? walaupon cuti 1 hari tapi bermakna juga kan?? Saya esok nak rehat2 kat rumah melayan anak2.. Pada yang bekerja esok kecian kan, tapi takpe la berkorban sikit pada negara.. hihihii....
Apepon Selamat Hari Pekerja..... Happy Labour Day......Selamat Bercuti.....


sedekah  dari en google...

Perkongsian Info - Panduan untuk Pengundi


PRU13 (Pilihanraya Umum ke-13) bakal menjelang. huhuhuhu 4 ari lagi tu.... 
 saya ingin berkongsi dengan rakan- rakan  semua beberapa panduan untuk pengundi sebelum pilihanraya.
 
Amalkanlah hak-hak serta tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia untuk membuat pilihan anda.
 
Undi itu rahsia, jangan takut untuk memilih calon dan parti pilihan anda.
 
*Nasihat: Anda dinasihatkan untuk tidak menyapukan pewarna kuku di kuku jari anda, ini kerana dakwat kekal akan disapukan oleh kerani pilihanraya untuk memastikan bahawa anda telah mengundi.

nak tahu lebih lanjut tgk lampiran kat bawah nie ea....



  
JOM KITA MENGUNDI....JOM KITA MENGUDI.....JOM KITA MENGUNDI....

Wednesday, April 17, 2013

Anak-anak semakin membesar

Assalammualaikum....
Hari nie nak update entry pasal wiwin lagi.... Tadi pagi sebelum keluar kerja tengok Amar & Amir tidur, kiut sangat muka mereka. Kejap jer masa berlalu, mereka dah berumur 7 bulan. Teringat lagi kenangan pahit manis melahirkan dan menjaga mereka. Masa lahir Amar seberat botol mineral jer. Amir pulak punggung dia tak ada masa nak cucikan berak dia...Masa mereka baru lahir saya menangis sebab kedua-dua tidak ikut pulang kerumah sebab tidak cukup bulan, hanya gambar peneman saya kat rumah, nak jaga mereka di hospital saya tak larat sebab luka pembedahan terasa sakit sangat-sangat... Fuhhh terasa sangat mencabar  bila menjaga mereka ketika kecil, makan minum tidur tak menentu sebab menjaga mereka, macam ini lah rasa mak dan ayah saya menjaga saya ketika kecil...besar sungguh pergorbanan mereka....Sekarang nie kedua2 semakin bijak dan pandai. semoga anak ibu menjadi anak yang soleh. Ibu ingin sangat melihat kamu berdua menjadi seorang ustaz....


kami dah 7 bulan

Saturday, April 13, 2013

Jom gi jalan-jalan

Assalammualaikum....
Hari ni nak bawak Amar & Amir g ekpo kat stadium melawati kat shah alam... dengar byk barangan yg ada kat ekspo tu... Ingat nak cari baju ngan seluar untuk wiwin nie... Baju wiwin byk yang da tak muat sebab diorang da makin membesar. sambil tu leh tengok2 sekali baju raya untuk diorang. Jom ramai2 g stadium...


Thursday, April 11, 2013

Tazkirah pagi

Pagi2 ini ayah saya pessan kepada anak-anaknya...

kita ini kalau hidup jangan suka mengata orang, bercerita perkara buruk tentang orang lain. satu hari nanti perkara buruk juga akan terjadi pada kita pulak... 
Tapi kalau nak bercerita kebaikan dan memuji2 orang lain itu boleh sangat2...

ihsan en google

Saya akan ingat pesan ayah nie sampai bila2...